Saturday, December 5, 2009

:: siapa aku di hatinya ::

Bila terkenangkan dia...sayu jek hati nie...since 3 weeks aritu aku adalah org yg berlainan dari diri ak sendiri...ak kne kuat untuk hadapi ape yg perlu ak hadapi....sedih...marah...semuanyer bercampur gaul....penat ak lalui 3 minggu nie....dengan tekanan diri utk menerima berita yang disampaikan...kerja...famili...semua nyer buat ak sgt2 stress...ngan kengkawan yang xmemahami...buat jiwa ak semakin tertekan...

Tekanan yang ak terima nie sgt hebat...belum pernah ak lalui semua ini...tp ak bertekad utk diri sendiri utk mencari kembali diri yang telah hilang entah kemana....da 2 minggu ak tangisi keadaan ini...makan...tido....entah kemana....bangun tido ku hanya fikir utk bekeje...balik keje ak akan tangisi apa yang terjadi pada diri ini....ak xendah kan makan pakai ku....sampai ak da melukakan hati ramai org...Ya Allah bersalahnya aku pada mereka....org yang banyak mengajar aku...tapi aku luka kan hati nya kerana seorang insan yang bernama LELAKI...begitu hebat lelaki ini sampai ak diperlakukan sebegini...hebatnya kata cintanya yang buat aku jadi begini...sampai bila harus aku tempuhi semua ini???

Hari ini merupakan hari pertunangan dia bersama seorang insan yang pernah dihatinya...insan yang katanya pada aku bakal jadi kenangan untuknya untuk bersama aku...tapi hari ini semua kisah kami terpaksa aku padamkan dari kotak fikiran ku...hati ku...aku terpaksa beralah kerana keluarganya....bukan kerana insan yang bakal menjadi tunangannya...pernah kami membincangkan mengenai kami...tapi semua nya tidak menjadi serius...dia pernah memaksa aku untuk memarahi dirinya....tapi untuk apa semua itu...aku tidak ingin jadi seorang insan yang bodoh yang dikawal oleh kemarahan walau hati ini sangat terseksa dengan perlakuannya pada ku....memang ak rase sangat tertipu dengan kata2 nya....janji2 nya...tapi apa daya aku sebagai seorang insan yang digelar wanita???apa daya aku untuk merubah semua ini kerana aku hanya digelar insan di sisi-Nya...setelah banyak yang aku korbankan...kali ini aku terpaksa berkorban sekali lagi untuk kebahagiaan dia...berkorban untuk keluarganya...

Pernah dia berkata pada aku...."kalau nak berkorban, abg akan berkorban lebih dari syg berkorban..." dan kata2 ini hanya jadi kenangan untuk diri aku yang banyak sangat berkorban untuk dia...kerana dia, aku tinggalkan apa yang aku ada...kerana dia juga, aku berusaha menyakinkan semua orang disekelilingku...kerana dia, aku mengalah untuk famili dia...jadi apa yang aku dapat dari pengorbanan ku ini???kesakitan, kesedihan, kekecewaan yang aku sendiri sampai bila aku harus lalui....

Aku bukan lagi diri ku yang pernah mereka kenal dulu...aku adalah insan yang penuh kepura-puraan untuk membahagiakan orang lain...hari-hariku aku lalui dengan senyuman manis tapi hati ini hanya Tuhan yang tahu kepayahan yang perlu aku tempuhi....

Aku berjanji aku akan lepaskan dia untuk kebahagiaan dia kerana famili nya....dan aku berjanji untuk lepaskan dirinya untuk kebahagiaan aku dan famili aku....tapi bila aku minta pada dia untuk lepaskan aku untuk kebaikan kami semua, dia tidak pernah sanggup untuk lakukan itu semua...kata maaf darinya memang aku maaf kan...tiada niat dihati untuk menyimpan dendam pada dia atau keluarganya...tapi hanya satu perkara ingin aku lakukan untuk diri aku sendiri...aku ingin berjumpa dengan famili dia...bukan kerana dendam...tapi aku mahu mereka tahu...aku lepaskan dia kerana mereka....aku mahu mereka tahu besarnya pengorbanan yang aku lakukan ini untuk mereka...dan aku mahu mereka melihat apa yang telah aku lalui untuk mereka...kenapa mereka tidak memberi peluang kepada diri aku yang sanggup berkorban untuk mereka???kenapa???kenapa???

Aku tidak pernah menyalahkan ketentuan-Nya, tapi dia tidak pernah memberi aku peluang untuk diri aku yang sangat kerdil ini...aku berharap suatu hari nanti aku akan menemui hari di mana mereka boleh dan menyedari pengorbanan aku ini untuk dia...anak mereka....

No comments:

Post a Comment